^_^

Saturday, January 29, 2011

Segmen Hujung Minggu Bersama BEN ASHAARI



KUALA LUMPUR, 29 JANUARI-Seorang lelaki seperti dalam gambar di atas dilihat pada awalnya sedang mundar-mandir di sebuah gimnasium di ibu kota pagi ini. Saksi melaporkan bahawa lelaki yang dilihat seperti gelisah dan ada sesuatu yang difikirkan ini bercakap-cakap seorang diri sambil mengerut-ngerutkan dahinya. Saksi mengatakan bahawa beliau ada bertanyakan kepada lelaki berkenaan perihal kelakuannya yang nampak aneh itu. Namun apa yang mengecewakan,lelaki tersebut tidak berkata apa-apa dan terus duduk di suatu sudut gimnasium sambil membuka laptop peribadinya.


Saksi berkata bahawa lelaki yang dilihatnya itu terus berkelakuan aneh dan menaip-naip sesuatu pada laptopnya itu. Saksi mendekati lelaki itu dan cuba untuk beramah mesra dengannya. Malangnya,lelaki itu terus diam dan tidak melayan saksi yang cuba mendekatinya. Saksi pun terus pergi jauh darinya dan membelek Majalah Rapi keluaran 1 Februari 2011. Tiba-tiba,saksi terkejut kerana mendapati bahawa lelaki yang dilihatnya berkelakuan aneh tersebut adalah lelaki yang ada dalam salah satu ruangan dalam Majalah Rapi.


Ape lagi..Saksi terus pergi ke lelaki tersebut dan berhajat meminta autograf darinya. Malangnya lelaki tersebut terus berkelakuan aneh..Tiba-tiba..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lelaki itu memegang-megang telinganya dan mencabut sesuatu dari telinganya. Saksi itu mendekati dan tiba-tiba lelaki itu berkata..

"ya,awak nak apa?"

Saksi itu pun terdiam seraya berkata "saya nak sainnnnnnn"

Lelaki itu pun sain autograf yang diminta dan berlalu pergi. Saksi berkata dalam hatinya..

"patut la nampak pelik..die dengar mp3 rupenye"

pemberita-hampeh betul..penat aku buat liputan.yang saksi ni pon satu..tengok la betol-betol.................


p/s-cerita ini hanya rekaan..takde kene mngena ngan sesape..hanya daya imaginasi aku jek..hehe.jangan marah abg ben;p

No comments:

Post a Comment

awak yang handsome n cantik,komen la ye..jgn segan-segan tau!cayang korang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails