^_^

Tuesday, November 25, 2014

Jauh di Mata, Dekat di Hati


Assalamualaikum..

Sekian lama tak aktif di blog. Bukan merajuk, jauh sekali berjauh hati. Macam-macam perkara terjadi dalam hidup. Bermula dengan family accident, kahwin, pregnant dan bersalin.. Melahirkan adalah satu kenangan terindah dalam hidup yang takkan dilupakan. Nanti cerita lagi. Daaaaaaaaa ^_^

Monday, June 11, 2012

Luahan Hati Allah sahaja mendengarnya.

Hidup ni kadang-kadang aku pelik. Ada orang yang berperangai lebih teruk daripada apa yang kita bayangkan. Kejamnya nauzubillah sampai sanggup menjatuhkan orang lain untuk kepuasan diri sendiri. Memang hati puas, tapi balasannya? Siapa tahu suatu hari nanti kita pulak akan tersungkur. Masa tu nanti barulah kita tahu langit tu biru ke hijau. Masa tu nak menyesal dah terlambat sebab doa orang yang dizalimi tu dah sampai kepada Allah s.w.t. Masa tulah kita akan melolong-lolong mengenangkan nasib diri yang entah diampunkan atau tak.


Apa yang aku cakap kat sini, bukan aku yang dizalimi dan bukan aku jugak yang dijatuhkan. Aku hanyalah sebagai pemerhati sahaja. Tapi sebagai pemerhati, aku dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Aku yang baru nak hidup ni pun tahu macamana nak berhadapan dengan situasi bila mana ada yang tak suka kita. Be profesionallah kan. Dalam hidup bukan semua suka kita. Bukan semua senang dengan kita. Itu adat. Orang kata asam garam kehidupan. Kita kena terima even benda tu menyakitkan hati kita.


Ini pendapat aku je. Aku pun bukan cukup pandai nak bercakap pasal benda-benda menjatuhkan orang lain ni. Cuma apa yang aku berani kata, what you give, you get back. Satu hari nanti, kalau pun bukan kita yang kena, anak cucu kita jugak yang terasa kesannya. Kesian diorang yang tak tahu apa-apa tu. Aku harap aku tak jadi macam tu sebab kita manusia biasa. Mungkin kadang-kadang perangai kita ada yang jelek, ada yang kurang. Sama-samalah kita perbaiki. Mudah-mudahan Allah ampunkan segala dosa aku dan dosa mak ayah yang aku sayang sangat.


Luahan Hati Allah sahaja yang mendengarnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails